Masjid Batu 30 dalam Pembinaan
Setiap minggu, selepas subuh Jumaat, Tuan Imam Masjid Batu 30 akan mengumumkan perkembangan pembangunan masjid.
Setiap kali Imam berkata “Dana keluar lebih banyak daripada yang masuk” , ia masuk jauh menyentuh hati saya.
Setiap kali itu, saya berdoa :
Saya tahu betapa besarnya pahala orang yang berwaqaf. Allah akan berikan pahala yang berterusan sehingga kiamat selagi mana masjid tersebut digunakan.
Sebulan berlalu, namun saya masih tak nampak macam mana boleh membantu.
Nak kutip derma?
Ramai yang semakin hilang kepercayaan akibat isu penyelewengan dana derma.
Jumaat, 25 Oktober Allah bagi satu ilham. Jika orang tak mahu derma, mungkin mereka mahu membeli sesuatu yang berguna sambil menyumbang.
Idea itu menjadi titik mula lahirnya NIKORE VENTURE.
NIKORE singkatan dari
NIaga KOngsi
RE
zeki.
Berniaga untuk berkongsi rezeki. InsyaAllah kita boleh bantu masjid, tahfiz, pondok dan juga individu yang memerlukan.
Saya terus hubungi kilang, dan terhasil lah produk BLACK SOAP
Saya mohon sokongan sahabat - sahabat untuk bantu Masjid dengan cara:
1. BELI BLACK SOAP
- Beli sekurang - kurangnya 1 unit.
- Kalau berkemampuan beli pakej Kombo 3. (Yang lebih tu boleh hadiahkan sambil promosi)
- Beli melalui Onpay. Kalau beli melalui Tiktok atau Shopee ada caj 13 - 15%. (Jika beli melalui Onpay, 15% tu boleh disalurkan juga kepada masjid)
-
Kalau rasa membeli melalui Tiktok lebih mudah, TERUSKAN. Yang penting BELI
2. JADI AGEN AFFILIATE
- Yang mana biasa jadi Affiliate, mohon sangat - sangat jadi Affiliate.
- Kami dah peruntukkan 10% untuk Komisyen Affiliate
- Membeli dan Menjual, kedua - duanya jalan untuk menyumbang kepada Masjid.
-
Cara untuk daftar Affiliate sangat mudah, Klik [ DAFTAR AFFILIATE ] atau scan QR code
3. PROMOSI DAN JUAL
- Setiap orang, saya minta sangat - sangat tolong promosi dan jual kepada 10 orang kenalan.
- Share ke setiap channel yang anda ada. (Group Whatsapp, Telegram, FB, Tiktok dll)
- Harga BLACK SOAP hanya RM30. Murah dan mampu milik. InsyaAllah berbaloi.
-
BLACK SOAP dikeluarkan oleh kilang berlesen Pharmaceutical. Produk ni insyaAllah berkualiti dan bermanfaat.
4. BAGI MAKLUMBALAS
- Lepas guna produk nanti, saya minta bagi maklumbalas.
- Jika rasa bermanfaat, rasa best, bagitahu kenalan supaya lebih ramai bantu kami
- Jika rasa tidak bermanfaat, bagitahu kami untuk penambahbaikan.
Dengan setiap pembelian, anda bukan sahaja mendapat manfaat, tapi juga menyokong pembangunan masjid dan kerja amal lain.
" Jika Allah nak kita mendapat pahala berpanjangan, Allah akan pilih kita untuk berwaqaf "
UNTUK PERTANYAAN
Berkenaan Pembangunan Masjid
Ustaz Zulkanain Bin Mohamed
[ 019-9984111 ]
Berkenaan Black Soap
Azman Bin A Aziz
[ 016-9864989 ]